Feeds RSS
Feeds RSS

Wednesday, February 10, 2016

Ameloblastoma

1Feb 2016

After much waiting, finally check in juga ke Hospital Putrajaya untuk pembedahan jaw resection dan digantikan dengan fibula bones.
Doktor-doktor pakar yang akan menyertai pembedahan ni adalah Dr Yati, Dr Nury , Dr Thomas dan kalau tak salah, ada seorang lagi doktor pakar. Doktor yang akan uruskan tulang fibula pula Dr Rashdeen from HKL. Bagus doktor-doktor dekat Malaysia ni...cross cooperation inter hospital nampak smooth.

Walaupun 1 Feb cuti hari wilayah, since Dr Kamal bagitau yang dia akan datang ke ward around 10pagi, pepagi juga lah kami check in ke hospital. Petang tu lepas tengah hari pula, Dr Thomas, Dr Nury dan Dr Yati pula datang tengok. Diorang memang sentiasa open for questions. Soalan yang kita rasa tah apa-apa pun diorang jawabkan dengan detail.

Alhamdulillah..walaupun ada banyak berdebar, tapi tengokkan komitmen doktor-doktor ni, you know you will be in good hands.


2 Jan 2016- D-day
Pagi pukul 5 aku dah bangun. Sudah mandi dan solat, wear dan ibu bapa mertua pun sampai. Dalam hati memang berdoa je lah. At this stage, bertawakkal banyak-banyak. Trust the doctors. Around pukul 730 pagi, aku dah ditolak ke operation theatre. Kat sini ramai yang akan check balik consent letter. Consent untuk operate, consent utk masukkan darah kalau jadi apa-apa. Masa ni memang aku terfikirkan puteri berdua di rumah je. Rindu sangat.

Lepas ditolak masuk, diorang check-check badan kat dalam tu, then bagi oxygen mask. Few times aku sedut-sedut gas tu sebelum black-out.

3 Jan 2016

Aku terjaga pada jam 3. Tapi masa tu aku confuse. 3 pagi ke 3 petang? Dada rasa sakit dan tak selesa. Then aku sedar aku masih lagi di ICU. Badan memang berselirat dengan segala jenis tiub. Tak boleh bergerak langsung. Aku cuba panggil sesiapa tapi suara tak keluar. Then aku tertido lagi out of exhaustion.

Lepas tu terjaga lagi pukul 4, pukul 5...last sekali aku terjaga pukul 7 pagi. Ada ramai orang dekat keliling aku tapi macam tak dapat nak fokus apa yang dicakapkan. Yang aku tahu, doktor extubate(buang oxygen tube dari paru-paru) aku dan ditolak ke wad biasa.

Walaupun masih pening dan confuse, tapi one thing i know for sure, I survived the surgery! Alhamdulillah syukur memang tak terkata.

Later on aku dapat tahu dari suami yang pembedahan tu habis pada pukul 10 malam . lamaaaa sangat. Alhamdulillah Allah masih izinkan aku bernafas di buminya ni.

0 comments:

Ad