Feeds RSS
Feeds RSS

Thursday, December 10, 2015

So they told me I have Ameloblastoma (Part 5)

23/11/2015- Review session dengan doktor. Appointment kalini Wear ikut teman sekali. Hari ni Dr Kamal yang check gusi aku. Menurut Dr Kamal, luka masih dalam, so perlu dijahit semula untuk mengelakkan makanan masuk dalam lubang tu. What???!!!!! Aduh, yang jahit ni la paling melemahkan semangat aku.

Luka tu dicuci dengan saline water, dan gauze baru dimasukkan...lepas tu doktor keluarkan jarum bius dia, aku dah start menggigil. Tak suka kena bius gusi!!! Tambah-tambah lagi dalam keadaan gusi aku yang masih luka, kesakitan tu jadi double! Tapi aku tadahkan juga la, dah terpaksa kan.

Siap je jahit, Dr Fadzira pun masuk dan duduk sebelah aku. "Puan, keputusan biopsy puan kani dah terima. Lab dah confirmkan ketumbuhan tu Ameloblastoma. Jadi kita terpaksa buang ketumbuhan tu sebab kalau tak buang, dia akan makan tulang-tulang dekat keliling dia"... Ok..aku angguk-angguk. "Pembedahan ni major operation, kita kene potong tulang rahang puan(sambil tunjuk approximately banyak mana) dan ganti dengan tulang kaki, kita akan shape kan tulang tu, sambung dekat vein(sambil tunjuk di hujung rahang) dan letak besi dekat bawahnya"... Whattt???? Mata aku dah bulat dan aku start trembling.

" Saya akan tempang ke nanti doktor"...of course la tanya aku.." Puan, Tuhan cipta kaki kita ni unik. Dia bagi kita satu extra tulang as spare, kalau kita guna pun tak akan effect kaki kita"...sambung doktor lagi...ok ok..aku angguk lagi.

"Tapi".... Oh okay..ada tapi...aku dah tak sedap hati dengar tapi tapi ni..." Untuk pembedahan besar macam ni, puan kena expect beberapa side effect. Walaupun tulang kaki tu grow menjadi tulang dekat situ, tapi bentuk muka puan mungkin dah tak simetri" ...apa?Allah....mata aku dah bergenang dengan air. Aku nampak Dr Fadzira pun senyum pahit. Mungkin pahit nak menyampaikan berita macam ni buat pesakit.

"Bila kita buang tulang rahang puan, kita akan buang sekali dengan nerve disekitarnya. Jadi puan mungkin akan rasa kebas-kebas"... Kata Dr Fadzira lagi. " Permanently? " soal aku..."Iya puan, permanently. Tapi lama-lama puan akan biasa"

"Pertuturan saya doktor?" ...tanya aku. "Awal-awal mungkin ada difficulty sikit, tapi lama-lama awak akan overcome juga. Selain daripada tu,  tongue control mungkin akan jadi lemah. Jadi sometimes awak akan dapati lidah awak keluar(terjulur)"...

At this point, aku dah tak boleh nak hadam apa-apa lagi. Aku bagitahu doktor suami aku ada dekat luar dan lebih baik doktor bercakap dengan suami aku. Air mata aku lagi laju dari air terjun. Akak nurse yang ada dekat situ pun datang tenangkan aku.

Lepas Wear masuk, doktor ulang balik apa yang diceritakan dekat aku sambil tunjukkan dekat Wear result MRI aku. Doktor juga explain aku tidak akan tempang, dan advised to get out of bed seawal hari ketiga. Whole operation is estimated to be around 10hours (whatttt????!!!!). Recovery period is estimated around 1-2 weeks depending on the progress...mungkin kena duduk di ICU untuk monitoring. Payment pula covered under GL Wear except besi tu perlu dibayar beforehand.. Lebih kurang RM2000 tapi as government servant, Wear boleh claim balik dengan JPA.

Wear genggam je tangan aku, as if nak transfer kekuatan dia dekat aku. Tapi aku tetap tak kuat. Kenapa aku? Sudahlah aku ni serba kurang, Allah ambil balik nikmat-nikmat yang dipinjam untuk aku at a young age. Aku ada terlalu banyak 'what ifs' dalam kepala. What if anak-anak tak kenal aku? What if aku mati masa operate? What if..what if..

Aku diberi appointment next week untuk jumpa Anaesthesiologist, dan macam biasa, review dengan dental.

By the time balik..jiwa aku kosong. Terlalu banyak perkara dalam kepala aku, sampai aku dah tak rasa apa-apa. Aku dah tak boleh berfikir apa-apa. Sakit kena jahit tu pun dah tak terasa. Numb. Kosong. Aku masih muda. Anak masih kecil. Apa nasib aku nanti...

2 comments:

Anonymous said...

Salam kak, skrg akak macam mana?
Saya pun lalui apa yg akak lalui, tapi saya tak buat surgery tu lagi. Takut dgn side effect tu. Saya still belajar lagi. Buat masa ni saya cari alternatif lain untuk matikan sel tapi rasanya kena buat surgery jugak, gigi bongsu saya still kena buang.
Btw, saya doakan akak cepat sembuh.

RATNA RAHIM said...

Salam...saya baru saja menjalani surgery dan masih di hospital..alhamdulillah..damage tak banyak sangat...cuma senyuman lah lain sikit..face feature semua masih nampak normal

Ad