Feeds RSS
Feeds RSS

Friday, December 04, 2015

So they told me I have Ameloblastoma ( Part 4)

19 Nov 2015- The day for the second biopsy. Sesungguhnya aku dah tak boleh tahan sakit gigi yang goyang ni....gusi pun bengkak sampai nampak sangat. Aku terserempak dengan mak saudara dekat kedai runcit pun, soalan pertama yang ditanya "sakit gigi ke?" Sambil referring tu muka aku yang dah bengkak sebelah. Makan pun dah jadi satu aktiviti yang tidak menyeronokkan dan menyakitkan.

So aku memang looked forward for this day, bukan sebab biopsy, tapi tak sabar nak cabut gigi. At first aku postpone dari appointment hari Isnin ke hari Khamis, disebabkan Wear outstation. His biggest concern was siapa nak jaga budak-budak dalam keadaan aku yang sakit. Last time I had biopsy done to me, malamnya aku demam. Kali ni tak tahu lah jadi macam mana. Tapi by Friday, aku dah sakit sangat, aku call Klinik dan minta untuk selitkan semula nama aku ke hari Isnin.

Budak-budak tu nasib baik lah pengasuh sudi jaga diorang belah malamnya. Kiranya diorang sleepover dekat rumah pengasuh lah.Syukur sangat pengasuh budak-budak ni memang jenis tak berkira. Dah la murah hati. Selalu belanja kami macam-macam.

Berbalik kepada cerita klinik tu, Akak yang buat schedule tu memang baik sangat. Soft spoken lagi. Dia selitkan juga aku hari Isnin tu, dari petang dapat pagi sebab aku cakap dah sakit sangat.

Knowing what to expect during biopsy, pagi-pagi tu aku dah breakfast makan bubur dekat cafe hospital. Tapi kali ni lama jugak aku tunggu. Daftar pukul 830 pagi tapi dapat jumpa doktor pukul 11 pagi tu. Nasib lah sebab jadual doktor memang dah penuh, tapi aku nak selit jugak.

Masa ni baru aku faham konsep hospital kerajaan. Kalau tak parah atau tak ikut appointment, memang kena tunggu lama sikit. Sebab tu kalau sakit biasa-biasa, baik pergi klinik kesihatan atau GP je dulu. Kadang-kadang kita rasa kita dah parah, tapi bila pergi hospital, classified under zon hijau je

Zon Merah-dah parah sangat
Zon Kuning- agak cemas
Zin Hijau- tak cemas

Harini kes di attend oleh ketua jabatan Pakar Bedah Mulut sendiri, Dr Norhayati. Mula-mula mulut dicuci, then mata ditutup dengan kain hijau, lepas tu gusi dibius and then doktor pun godek-godek lah isi dekat dalam tu.

Dalam masa sample diambil, aku ada dengar Doktor Norhayati bagitahu yang tumor ni nampak macam "amelo" . Masa sample diambil tu agak sakit sikit sebab tumor ni macam "keras" sikit. Serious aku ingatkan sakit masa gusi sku digogeh-gogeh tu adalah sakit sebab tengah nak cabut gigi. Tak sangka itu adalah tumor tu. Seolah-olah tumor tu macam melekat kemas dekat tulang. Dr Norhayati ni memang pakar betul. Kejap je dia buat dan less painful. Or maybe first biopsy tu aku tak sangka sesakit tu dan kali ni dah expect apa yang akan dibuat, so otak dah set siap-siap tahap kesakitan tu...tapi sesudah biopsy memang aku menggigil jugak. Nasib baik MA, akak nurse kat situ baik-baik, dok tenangkan aku.

Siap buat biopsy, aku dah tak pergi ke farmasi knowing yang painkiller provided by hospital tak se'kick' panadol actifast. So aku ke kedai beli dua papan panadol actifast buat stok and then balik rumah kejap, tidur dua jam macam tu, then petang telan panadol, terus shoot pergi office. Banyak kerja nak kena settle walaupun dapat mc dua hari. Oklah tu, aku boleh pergi kerja dan balik awal. Boss aku pun faham.

Next appointment adalah seminggu untuk review luka jahitan dulu. And this is my swollen face after the biopsy. Sakit sangat post biopsy. By 5th day baru darah betul- betul stop. Gusi aku bengkak so benang jahitan tu meregang, menarik isi-isi gusi aku. Sumpah sakit!


0 comments:

Ad