9 Nov 2015- Harini sepatutnya review result pukul 930 pagi..tapi aku ada kerja banyak kat office so aku pergi lewat, pukul 2 baru gerak ke hospital. Dengan nak cari parking nya, tunggu giliran pendaftaran lama gile, pukul 3 petang baru dapat serah kad appointment ke Klinik pakar bedah mulut.
Oh ya, by that time, gigi aku dah sakit gila-gila dan gusi tersangat bengkak sampai muka aku senget sebelah...aku memang berharap appointment kali ni gigi aku akan di cabut.
Thing is dengan hospital government, kalau datang tak ikut waktu appointment, memang hazab la menunggu. Lagi satu kalau tak cemas sangat, sila la tunggu berjam-jam yer. Kalau datang ikut appointment atau cemas, memang kejap je tunggu.
Disebabkan aku datang lambat dan tak ikut waktu appointment, aku terpaksa la menunggu doktor pakar round ward sampai pukul 4 petang lebih. Masa ni aku dah rimas dan rasa nak marah...walaupun aku tau silap aku juga, tapi tak boleh nak elak rasa bengang sebab dah penat sangat.
By the time aku dapat jumpa doktor, mood aku dah down sangat. Kali ni aku tak jumpa doktor Fadzira, tapi jumpa ketua jabatan terus, Dr Norhayati. Tapi sayangnya, lab tak boleh determine sample tu sebab insufficient sample dan Dr Nor minta aku datang lagi sekali untuk biopsy. Aduh....
Takpelah, aku redha kalau nak baik...aku bagitahu doktor mengenai gigi molar yang dah sakit sangat, tapi doktor bagitahu yang dia akan cabut gigi aku sekali dengan biopsy.
Entah kenapa aku rasa extremely frustrated. Thing is, bukan aku kisahkan sangat kene tunggu lama, atau gigi sakit..tapi aku sebenarnye terlalu risau penyakit apa yang aku hidapi. Selagi tak ada kata putus, aku tak boleh hidup tenang. Macam-macam aku fikirkan. Semakin ditangguh semakin aku gusar...semakin aku frustrated. Aku mahu kata putus...
Saturday, November 28, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment