Feeds RSS
Feeds RSS

Wednesday, November 25, 2015

So they told me I have Ameloblastoma (Part 2)

15 Oct 2015- First follow up untuk buang benang jahitan. Hari yang aku tunggu-tunggu sebab gusi aku dah tak sakit tapi tak selesa sebab benang selalu tertarik.

Sebelum aku balik ke rumah, doktor ada mengingatkan aku yang pihak hospital akan call untuk sesi ct scan. Dia tak dapat nak bagi exact tarikh sebab nak kena book dulu.

Seminggu selepas tu, pihak hospital call bertanyakan kenapa aku tak datang untuk ct scan pada. Pulak...haha ada miscommunication agaknya sebab aku tak ada terima apa-apa call dari pihak hospital. So doktor kena reserve lagi sekali untuk aku.

Jadinya aku dapat tarikh 6 Nov 2015 untuk ct scan.

Persediaan untuk ct scan ialah aku kene puasa 6 jam sebelum scan. Kali ni Wear teman aku ke hospital.

Jadi paginya, aku pergi agak awal ke hospital sebab appointment pukul 830 pagi. Tapi masyaAllah, ramai lagi yang datang lagi awal dari aku...haha. Prosedurnya macam biasa, kena ambil nombor untuk pendaftaran dekat Kaunter Pendaftaran, lepas tu tunggu nombor dipanggil untuk didaftarkan. Bila dah siap daftar, aku kena ke klinik pakar bedah mulut dulu sebab doktor tak bagi lagi form untuk dibawa ke Bahagian Pengimejan Diagnostik. Lepas tu aku bawa form tu ke Bahagian Pengimejan Diagnostik dan tunggu lebih kurang 10 minit sebelum nama aku dipanggil.



Prosedurnya, tak payah tukar baju mcm xray tu..maybe sebab aku nak scan bahagian kepala aja. Kalau scan badan agaknya kena tukar la kot? Earring rantai pin brooch tudung dan sebarang metal kena buka. Lepas tu kena berbaring atas long table. Juruteknik datang tanya aku puasa ke tidak? Aku ada alergi especially seafood allergies ke tidak? Aku kata aku alah belacan, resdung...haha dia tanya kalau makan jadi macam mana...aku katalah gatal hidung..dia kata tak apa...

Jawapan aku macam apa je...

Lepas tu aku dimasukkan branula dekat tangan. Sakit jugak rasanya. Tak lama lepas tu sejenis cecair contrast dye dimasukkan ke dalam badan aku. Tiba-tiba aku rasa panas je satu badan. Aku tanya pegawai yang bertugas dalam tu, dia kata kesan tu memang normal. Few minutes after that aku ditinggalkan keseorangan dalam bilik scan.

Aku tahu proses scan akan bermula anytime. Aku tak tahu nak buat apa. Badan dan kepala aku pun dah strapped, tak boleh gerak. So aku pejamkan mata ajalah. Macam-macam aku fikir masa tu. Berapa banyak sel otak aku mati lepas scan...kenapa bunyi mesin tu macam suara baby menangis...kalau aku gerak agaknya kene scan lagi sekali tak (masa buat MRI aku gerak sebab bahu aku penat pakai baju shield tebal, lagipun mesin tu pusing keliling aku, tak sangka kepala aku gerak jugak tengok mesin tu hahaha..so aku kene repeat buat MRI)...


Tapi soalan terpenting yang aku tertanya-tanya..kenapa Tuhan pilih aku....


The whole procedure tak lama, dalam 20 minit je. Lepas buat ct scan, aku dah boleh makan dan balik. Result boleh dapat petang tu juga tapi klinik dental bagi tarikh 9 Nov untuk review result biopsi dan ct scan

0 comments:

Ad