Ameloblastoma is a rare, noncancerous (benign) tumor that develops most often in the jaw near the molars. Ameloblastoma begins in the cells that form the protective enamel lining on your teeth.
Despite being benign, ameloblastoma can be very aggressive, growing into the jawbone and causing swelling and pain. Very rarely, ameloblastoma cells can spread to other areas of the body, such as the lymph nodes in the neck and the lungs.
Source:mayoclinic
Early September 2014, aku dapat first symptom which I ignored. Aku dapat rasa sharp pain dekat gusi masa tidur, sampai aku terjaga dari tidur. Sakitnya berlarutan sampai keesokan harinya. Dan sikit-sikit aku dapat rasa second molar aku goyang. Iya, aku ignore je simptom ni.
Mid May 2015- Despite of gigi aku dah goyang gile, aku tetaplah jugak tak jumpa dentist. Pertengahan May 2015, gusi aku bengkak. Aku jangkakan wisdom teeth terakhir aku nak tumbuh sebab 3 lagi wisdom tooth, rahang atas dan rahang bawah kiri, semua tumbuh cantik. Tapi lepas dua hari bengkak subsided... Gigi tak tumbuh jua
Mid September 2015- gusi aku bengkak lagi sekali. Kalini aku pergi Klinik Kesihatan Presint 9/sebab tak tahan sakit dan gigi dah goyang sangat. X-ray diambil dan menurut doktor, bukan masalah impacted tooth sebab yang dia nampak cuma infection dekat gigi yang dah goyang, takde gigi bongsu appeared dalam X-ray tu. Doktor cakap tak boleh cabut gigi lagi sebab ada infection. So dia prescribed aku dengan antibiotik dan minta datang the following week.
As usual, aku ignore je arahan doktor. Takde sapa yang cakna gila kat gigi kan sebab jarang dengar masalah berkaitan gigi kan? Especially bila selama kau hidup 30 tahun, gigi kau sihat je(aku rasa laa).
6 Oct 2015- Walaupun aku dah habiskan antibiotik, tapi bengkak dekat gusi tak surut juga. Bengkak tu pulak dah dapat di rasa sampai ke pipi. Kiranya kau jamah pipi kanan aku, dapatlah rasa ketulan keras sebesar ibu jari...Cumanya rasa sakit tu dah tak ada. Ketulan tu pun tak sakit. Tapi di sebabkan gigi second molar aku dah goyang sangat- sangat, aku pergi jugak ke Klinik Kesihatan Presint 9.
Dekat klinik tu, macam biasalah, ambil nombor dulu, tunggu nombor dipanggil di kaunter pendaftaran, tunjuk ic dan bagitahu suami kerja gomen( so takyah bayar singgit tu hehe) , lepas tu akan dapat no baru untuk jumpa doktor, scan nombor tu kat scanner kecik tepi kaunter pendaftaran, pastu tunggulah no dipanggil untuk jumpa doktor.
Servis klinik agak cepat, or maybe sebab aku datang awal pagi kot so less than one hour menunggu, aku dah dapat jumpa doktor. Aku bagitahu niat aku datang nak cabut gigi molar tapi bila doktor pegang pipi aku, dia terus tanya sakit ke tak. Aku jawablah tak, doktor terus cakap "awak ada ketumbuhan ni. Saya refer ke hospital". Disebabkan masa aku masuk bilik tu, orang dah start ramai, doktor minta aku datang balik lepas lunch untuk ambil surat rujukan. Doktor ni baik..aku tak mintak scaling gigi aku pun dia scaling jugak siap-siap.
7 Oct 2015- Dengan berbekalkan surat rujukan dari Klinik Kesihatan Presint 9, aku ke Hospital Putrajaya dan kes aku diterima oleh Dr Kamal di Klinik Pakar Bedah Mulut Hospital Putrajaya. Selepas memeriksa ketulan di pipi kanan aku (lebih tepat di right mandible), Dr Kamal memanggil doktor yang lebih senior, Dr Fadzira. Dr Fadzira meminta Dr Kamal menjalankan imbasan MRI.
Selepas menjalani MRI, aku terdengar perbualan doktor- doktor dan nurse, pasal sesuatu yang nampak macam bubble dalam imbasan MRI, which i could sense was not good. Perasaan dia sangat tak best bila kau tahu ada benda yang tak kena tapi doktor cakap bahasa yang kau tak paham..kau rasa ibaratnya kau alien yang tersesat ke bumi tengah tunggu saintis bincang nak belah kau kat bahagian mana dulu.
Dr Kamal minta aku datang balik ke hospital pada pukul 2 untuk buat biopsi dan mencadangkan aku untuk makan tengah hari dulu.
Biopsi...jargon yang agak asing untuk aku. Tapi aku tahu nak tanya siapa pasal biopsi...siapa lagi kalau bukan kawan office aku, Sherry. Sherry dulu grad dalam 생명화학(cancer biology) dekat Korea University. Mesti lah dia tau jugak serba sikit medical term. Tapi bila aku tanyakan Sherry over lunch...reaksi dia tak seperti yang aku jangkakan. Sherry nampak serius pulak..alamak.. Sherry kata biopsi ni proses pengambilan sample untuk dihantar ke lab...usually nak determine lah sel tu malignant atau benign..pulak dahh...
Malignant- cancerous
Benign- noncancerous
Bak kata adik aku, semua orang dilahirkan dengan benign cell. Tapi tengok lah sel tu triggered dek something jadi malignant ke tidak.
Tapi aku ni memang blur katak betul..aku ingat biopsi tu just ambik cotton swab n calit2 sikit dekat gusi..lol..jangan haraplahhh..patut la Dr Kamal suruh aku makan dulu...aku ingat sebab dia nampak aku macam lapar..rupanya sebab lepas biopsi memang aku dah tak selera nak makan dah...
So basically, prosesnya minor surgery jugak...gusi akan dibuka hingga nampak ketumbuhan tu...lepas tu sample akan diambil dari ketumbuhan tu la...then luka akan dijahit. Lepas seminggu kene datang hospital lagi untuk buka jahitan sebab benangnya bukan yang jenis tertetas sendiri.
Prosedur ni dibuat Dr Fadzira dibantu Dr Kamal. Aku dibius tapi bila bahagian ketumbuhan tu di korek, sakit jugak lah. Menjawab la aku dekat doktor..hahhikkkk hihikkkkkk bila doktor tanya sakit ke tidak?
Aku tak ingat nak request dekat Dr Fadzira untuk cabut gigi yang dah goyang tu. Lepas biopsi memang aku tambah blur dan fikir nak nangis je sebab terkejut sangat gusi kene belah camtu. Kalau buat sekaligus sekali harung aje sakitnya.
Lepas biopsi aku dapat mc satu hari dan bekalan painkiller. Sesampai je ke rumah aku terus demam. Nasib baik la rumah aku dekat je dengan hospital. Bila bius tu dah hilang, hazab jugak sakitnya.
Mujur time tu Wear tak outstation. Aku memang harapkan Wear je lah jaga anak-anak. Yang kesiannya Nana. Balik dari rumah babysitter, dia nampak aku berkelubung dalam selimut. Dia datang peluk aku sambil nangis. Allahu..anak aku dah besar.....
0 comments:
Post a Comment