Feeds RSS
Feeds RSS

Saturday, October 17, 2015

[Books] Love, Rosie ( Where Rainbow Ends)


Baru sudah habiskan baca novel Love, Rosie tulisan oleh Cecilia Ahern. 
Buku ni tak tebal sangat..dalam 500++ pages so ambil masa dua hari je nak habiskan...tu pun sebab budak-budak tidur awal pulak kelmarin dengan semalam...

Seriously, ada ke orang yang tunggu 50 tahun untuk luahkan perasaan cinta dekat orang lain? Aku ingatkan zaman sekarang ni orang straight-forward je
Termasuk lah aku dengan Mr.Baba....haha mungkin jugak hormon gatal tu tinggi zaman muda-muda
Eh tapi aku rasa Baba Ariana dengan Arissa yang luahkan dulu...walaupun dia kata aku yang luahkan dulu
Logik ke aku yang pemalu ni start dulu?
Haha tapi either way..memang dah lama dah suka Mr.Baba
So kalau dia tak start dulu pun aku rasa aku buat muka tebal je 
Hot stuff cepat sold out..kalau lambat..kau yang rugi

Overall, novel yang sesuai untuk bacaan ringan.
Ayat yang mudah dihadam, dan karakter yang sangat kelakar. Aku paling suka Ruby. Ruby adalah jenis kawan yang aku nak ada...always being sarcastic but you can't deny the fact that everything she said is true..ewah...mampu?
Dan yang unik, novel ni ditulis dalam format surat/ email/nota/chat...serius mengembalikan kenangan lama dengan Mr.Baba..hari-hari chat atau email panjang-panjang just nak bagitau aktiviti seharian...paling best subject email memang merepek dan tak ada kaitan langsung dengan isi kandungan email haha..those were the days..awww gatal...thehehehe

Okay, selain daripada yang gatal diatas, novel ni buat aku renung balik hidup aku
Missed opportunities...cita-cita yang dikorbankan untuk beri laluan dekat orang lain, sebab bagi aku, orang-orang dalam hidup aku lagi penting
Mungkin satu hari nanti aku boleh kejar semula impian aku..jadi memang aku boleh relate dengan Rosie Dunne, watak utama novel tu
Cuma bezanya Rosie selalu bad luck..haha tapi aku maybe kurang bernasib baik dalam cita-cita..tapi dari segi lain..syukur dengan rezeki tuhan

Impian aku mungkin nampak kecil di mata orang lain..tapi tidak untuk aku
Tak apalah..adalah rezeki aku suatu hari nanti...kan?



Love,
Ahkak berangan


Ewahhhhh



0 comments:

Ad